BENGKEL PENGUKUHAN ASAS IKATAN

BENGKEL PENGUKUHAN ASAS IKATAN

Program ini dilaksanakan semasa perjumpaan mingguan ahl KLKM USM peringkat 100 iaitu pada hari Khamis jam 5 petang hingga 7 petang. Program ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Pengakap Malaysia serta ikrar Persetiaan Pengakap. Kemudian taklimat ringkas diberikan oleh Majlis Tertinggi KLKM USM peringkat 200 mengenai bengkel ikatan tersebut. Tali diagihkan kepada peserta KLKM sebagai tanda bermulanya aktiviti bengkel iaitu ikatan. Bengkel ini merupakan latihan terhadap asas ikatan bagi lencana keahlian pengakap. Antara ikatan yang dilaksanakan adalah ikatan buku sila, simpul manuk, tindih kasih, lilit dua simpul, ikatan seraya, ikat serong, lilit balak dan lilit pemati biasa.
Number of participants
150
Service hours
2
Topics
Youth Programme

Share via

Share