Bengkel MoP Negeri Terengganu
Pada 19 April 2018 telah berlangsung Bengkel MoP peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Telaga Batin. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr. Amir Hamzah Bin Aman selaku Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Dalam bengkel ini, semua peserta telah didedahkan tentang pengenalan Messengers of Peace(MoP) dan Scout of the World Award(SWA). Diharapkan dengan pendedahan seperti ini akan melahirkan pengakap yang prihatin terhadap alam sekitar, pembangunan Insan & keamanan bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.