BENGKEL MESSENGER OF PEACE (MoP) PPM DAERAH KINTA UTARA SEMPENA BULAN / HARI 
KEAMANAN SEDUNIA 2019 : CLIMATE ACTION FOR PEACE

BENGKEL MESSENGER OF PEACE (MoP) PPM DAERAH KINTA UTARA SEMPENA BULAN / HARI KEAMANAN SEDUNIA 2019 : CLIMATE ACTION FOR PEACE

Pada 25 September 2019, berlangsung Sambutan Bulan Keamanan Sedunia di SMK Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak. Bengkel pengenalan Messengers of Peace ini dianjurkan oleh Tuan Shaifull Azrin Bin Karim selaku ketua penganjur daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta Utara. Seramai 100 orang ahli pengakap daripada beberapa buah sekolah dan pemimpin telah terlibat dalam bengkel ini. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli pengakap tentang rangka program yang diperkenalkan oleh World Organization of Scouts Movement (WOSM) seperti Messengers of Peace, Scouts of the World Award dan World Scout Environment Programme. Semua program ini dibentuk demi mencapai Sustainable Development Goals (SDG’s) dalam misi ke arah tahun 2030. Peserta yang hadir didedahkan tentang 17 SDG’s dan bagaimana usaha ahli pengakap untuk mencapai kesemua matlamat tersebut. Di samping itu, peserta turut didedahkan tentang cara memuat naik penceritaan/ aktiviti di laman sesawang facebook MoP Malaysia dan scout.org. Tarian Messengers of Peace dipersembahkan oleh semua peserta sebelum berakhirnya bengkel ini. Keseluruhan slot disampaikan oleh Mohamed Nur Azeem Bin Hanuar selaku koordinator Messengers of Peace. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Khairul Bin Abu Kassim (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak) dan Tuan Ainal Suhaidi Bin Adnan Suhaimi (Pesuruhjaya Daerah Kinta Utara). Semua peserta yang hadir menerima sijil penghargaan dan lencana Messngers of peace. Selain itu, seorang ahli pengakap remaja dan seorang penolong pesuruhjaya daerah telah menerima skarf aktiviti (100jam). Diharapkan para peserta bengkel ini dapat memahami pentingnya keamanan dan mengekalkan kelestarian alam untuk menjadikan dunia yang lebih baik dan mampan.
Number of participants
100
Service hours
600
Topics
Legacy BWF
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share