Profile picture for user Lim Keng Boon 1029_1
Malaysia

Bengkel Kesedaran Dialogue 4 Peace Daerah Kota

Bengkel kesedaran Dialogue 4 Peace merupakan satu program yang baru dalam rangkaian Better World Framework. Semua pemimpin haruslah menguasai 10 prinsip dialog agar menjadi seorang pemimpin yang 'dialogical'
Pada 27-28 Julai 2021, bengkel Dialogue for Peace telah dianjurkan dengan berjayanya atas talian oleh Persekutuan Pengakap Daerah Kota, Negeri Melaka. Ketua kursus, Ir. Lim Keng Boon juga merupakan pesuruhjaya daerah tersebut telah menyempurnakan bengkel bersama fasilitator, Captain Vijay dan PIP (BWF), Puan Lee Way Chin. Seramai 18 orang peserta bengkel yang terdiri daripada penolong-penolong pesuruhjaya daerah dan pengakap kelana telah menjayakan diri mereka dalam program tersebut.
Tujuan D4P diwujudkan antara kerjasama WOSM dan KAICIID. Sebanyak sepuluh prinsip dialog diterangkan dan ground rule diperincikan terutamanya penggunaan perkataan saya. Prejudis dan persepsi juda dibincangkan bersama para peserta supaya tindakan diskriminasi boleh dielakkan. Aktiviti berkumpulan juga dijalankan agar peserta bergiat aktif dan menyuarakan pendirian. Dalam perbincangan kumpulan, konflik akan berlaku. Lima teknik pengurusan konflik juga didedahkan.
Tujuan Dialog diadakan, punca konflik, prejudis dan diskriminasi, persepsi dan mispersepsi. Teknik menangani konflik, JOHARI window, serta Peacebuilding.
Started Ended
Number of participants
22
Service hours
132
Beneficiaries
22
Location
Malaysia
Topics
Diversity and inclusion
Interpersonal skills
Peacebuilding
Initiatives
Peace and Community Engagement
Skills for Life

Share via

Share