Bengkel Kejurulatihan WSEP

Bengkel Kejurulatihan WSEP

Pada 8 hingga 10 November 2019 yang lalu, seramai 38 peserta daripada pelbagai latar belakang telah menyertai Bengkel Kejurulatihan World Scout Environment Programme. Program selama tiga hari dua malam ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkafli Bin Dato Haji Maulud di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPG Raja Melewar) Seremban, Negeri Sembilan..

Program ini merupakan anjuran Kumpulan Latihan Malaysia IPG Raja Melewar bekerjasama dengan Pesuruhjaya Kebangsaan Alam Sekitar membincangkan 5 Aims dan projek-projek berkaitan dengan Alam Sekitar. Dalam program ini, kami mengenali silibus air dan udara yang bersih, habitat semula jadi, risiko bahan berbahaya, amalan alam sekitar dan tindakan terhadap bahaya alam sekitar dan bencana alam.

Program ini sangat menarik dan saya telah mengetahui 17 SDG goals yang perlu diikuti oleh pihak individu dan pihak berkuasa dengan tujuan tiada sesiapa yang ketinggalan.

Started Ended
Number of participants
45
Service hours
810
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Good Governance
Partnerships

Share via

Share