
Angin Keamanan bertiup kencang di Sandakan
Seramai 80 orang Pemimpin dan Kelana Sabah telah berpeluang menghadiri Kursus Koordinator Peringkat Kebangsaan Zon Sabah. Kursus ini diadakan di Scouts Nature Park, Sandakan selama 3 hari dari 1hb hingga 3hb November 2019. Tuan Amir Hamzah, Koordinator Kebangsaan bagi Messengers of Peace (MoP) sendiri telah hadir memberikan kursus kepada para peserta. Para peserta sangat beruntung kerana mereka dapat mempelajari dengan mendalam tentang program MoP dan seterusnya dilantik sebagai Koordinator Negeri Sabah bagi MOP. Kursus sebegini akan diadakan lagi di masa akan datang.