Anduh Tangan Siap!!

Anduh Tangan Siap!!

Suatu pengalaman baru bagi peserta Perkhemahan Keris Emas & Lencana Jaya Pengakap Daerah Setiu apabila dapat berkhemah dalam seusana hutan yang sebenar bertempat di Kem Merbau Menyusut, Sungai Tong, Setiu. Kira-kira 120 ratus orang peserta yang terdiri daripada ahli Pengakap Kanak-Kanak, ahli Pengakap Muda, Pemimpin & Penolong Pemimpin Pengakap dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu hadir bagi menjayakan perkhemahan pada kali ini.

Perkhemahan ini bertujuan melengkapkan Skim Latihan Pengakap bagi Lencana Keris Emas & Lencana Jaya. Melalui lencana ini, maka lemgkaplah Skim Latihan Pengakap bagi mereka yang bakal melayakkan mereka menyarung Rambu Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Rambu Ketua Pengakap Negara. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pula merangkumi skim-skim latihan Pengakap seperti pengukuhan ilmu kawad kaki, cara bekerja di dalam patrol & sekawan, tugas-tugas dalam pasukan dan banyak lagi. Perkhemahan ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 24 - 25 Januari 2019 . Perkhemahan diakhiri dengan majlis penutup yang telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu iaitu Tuan Shansuddin Bin Ahmad.

Started Ended
Number of participants
120
Service hours
1920
Topics
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share