
Agonoree Pasir Gudang
Pada 12 Oktober 2017 telah diadakan Agonoree Pasir Gudang yang bertempat di SK Taman Daya. Program ini melibatkan murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di seluruh sekolah di daerah Pasir Gudang (sekolah rendah dan sekolah menengah).
Saya bersama-sama seorang lagi rakan guru telah ditugaskan sebagai guru pengiring bagi 4 orang murid pendidikan khas SK TAMAbN JOHOR JAYA 2. KAmi telah membawa 4 orang murid yang terdiri daripada 3 lelaki dan seorang perempuan.
Program bermula pada lebih kurang pukul 8.00 pagi. Setiap murid bergerak mengikut sekolah masing-masing. Terdapat 18 stesen yang berbeza tugasan telah disediakan untuk murid-murid. Stesen tersebut ialah:_
1. MoP
2. Bina khemah
3. Kawad kaki
4. Canting batik
5. Boling kelapa
6. Dart
7. Getah
8. Masak lempeng
9. Ikatan
10. Deria
11. Congkak
12. Origami
13. Hobi saya
14. Batu seremban
15. Doodle
16. Yell & nyanyian
17. Imbang air
18. Buat skarf
Selesai tugasan di satu-satu stesen, murid akan diberikan cap menandakan mereka telah selesai melakukan tugasan tersebut.
Murid-murid kelihatan begitu gembira dan bersemangat untuk mencuba setiap tugasan di setiap stesen sehinggakan ada murid yang tidak mahu berhenti makan (rehat) walaupun sebentar. Ramai antara mereka berasa terlalu gembira kerana banyak pengalaman baru yang diperolehi mereka.
Syukur Alhamdulillah kerana murid-murid SK TAMAN JOHOR JAYA 2 berjaya menyelesaikan tugasan di 18 stesen yang disediakan dan berjaya memperoleh sijil Gangsa.
Secara peribadi, antara stesen yang paling disukai ialah stesen mencanting batik. Hal ini kerana murid dapat melihat sendiri hasil batik yang telah mereka warnakan sendiri. Mungkin ini adalah antara pengalaman menarik dan pertama kali buat mereka.
Program berakhir pada hampir pukul 4.00 petang dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama guru dan para peserta.
Pengalaman menarik, berseronok dan kemahiran baru! Salam Pengakap!!!