
Abang "sweeper" sedia membantu
Ekspedisi menawan CBL ( Chemerong,Berembun,Langsir ) telah dijalankan pada 19-21 Oktober 2017 bertempat di Hutan Simpan Chemerong, Dungun, Terengganu. Ekspedisi yang dianjurkan oleh Team Permata Alam (TPA) telah disertai oleh 55 orang peserta yang terdiri daripada ahli pengakap kelana, pelajar & pensyarah universiti dan para pendari dari seluruh Malaysia. Semasa pendakian, para peserta dibantu oleh 5 orang Malim Gunung dan beberapa pendaki yang berpengalaman dari Samz Adventure.
Pendakian yang mengambil masa selama 3 hari 2 malam ini memberi banyak pengalaman dan ilmu baru kepada para peserta. Antara tempat yang menarik sepanjang pendakian ialah Air Terjun Chemerong, Jeram Orkid, Jeram Lesung, Taman Bonsai, Air Terjun Langsir, Pokok Seraya Besar dan Sungai Bangan. Gunung Berembun (3405 kaki) merupakan puncak tertinggi bagi pendakian pada kali ini. Pendakian pada kali ini telah berlangsung dengan jayanya kerana semua peserta dapat mengharungi semua liku-liku yang penuh dengan cabaran serta diuji kekuatan dari segi fizikal dan mental.