4 HARI 3 MALAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
Perkhemahan ini menarik kerana telah menggabungkan 5 unit beruniform yang berlainan dalam satu perkhemahan yang sama.5 unit beruniform tersebut ialah Pengakap , Puteri Islam , Kadet Remaja Sekolah , Bulan Sabit Merah Malaysia serta Pandu Puteri. Dapat bergaul dengan unit beruniform selain Pengakap di perkehmahan yang sama.
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah diadakan bermula 25 Mac 2021 hingga 28 Mac 2021 iaitu selama 4 hari 3 malam.Perkhemahan ini diadakan di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPGK Tengku Ampuan Afzan.Semua pelajar PISMP Sem 4 Ambilan 2019 iaitu seramai 199 peserta telah menyertai.
Semua peserta dikehendaki menjalani beberapa ujian sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Antaranya ialah ujian kawad kaki , masakan rimba , ikatan dan simpulan , gajet perkehmahan serta ujian pertolongan cemas. Ujian-ujian ini dijalankan pada hari ke dua dan ketiga perkhemahan.Pada malam terakhir , diadakan malam ikatan bersaudara yang bertemakan perpisahan sempena salah seorang pensyarah di Unit Kokurikulum akan bersara.Semua unit menghantar wakil untuk membuat persembahan.
Saya sangat seronok berkhemah dengan unit lain.Namun , saya sedar tempat di mana perkhemahan ini dijalankan tidak penting , yang penting adalah ilmu dan pengalaman yang bermakna yang saya peroleh ini.Sepanjang 4 hari 3 malam ini , dengan memakai uniform pengakap setiap hari saya rasa bangga dengan pencapaian saya.Lagi-lagi bila terkenangkan semua jenis kemahiran ini dipelajari di dalam kelas secara maya sahaja.Walaupun ianya sukar , namun saya dapat lakukannya dengan cemerlang.