3R (Reuse Reduce Recycle)
Pada 1/5/2018, kumpulan pengurusan telah bergerak mencari botol-botol untuk digunakan dalam projek pada kali ini. Setiap orang telah melakukan tugas mereka dengan sangat baik, di mana mereka mencari botol-botol yang diperlukan di dalam rumah serta menanyakan kepada rakan-rakan yang lain jika mempunyai botol tersebut. Fungsi botol bagi projek ini adalah sebagai alat pelindung LED dimana untuk melindungnya daripada sebarang percikan air atau kotoran sehingga menjejaskan fungsi LED itu sendiri.
Namun begitu, proses pencarian ini tidak mudah kerana ia sangat sukar untuk mencari botol kosong bagi jumlah yang banyak akan tetapi, team kami tidak pernah mengeluh dan teruskan pencarian sehingga jumpa jumlah botol yang dikehendaki. Selepas itu, kami pergi mencari di sekitar kedai-kedai runcit di mana sangat membantu dengan sejumlah bilangan yang diberi oleh pekedai. Para pekerja sangat mesra dan ramah jika kami menanyakan akan botol kosong ini. Malah mereka cuba memberitahu kami dengan pergi ke tempat-tempat tertentu untuk mendapatkan sejumlah botol dengan lebih banyak.
Seterusnya, kami terus pergi ke R&D PAPERS dimana terletak di sekitak Gong Badak. Syarikat ini merupakat syarikat persendirian. Selain itu, syarikat itu merupakan syarikat pengumpulan barang kitar semula yang berpusat di Terengganu Darul Iman. Sumbangan dari syarikat tersebut, sedikit sebanyak membantu menjayakan program ini. Malah, sangat mudah untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan mereka. Mereka sangat ramah dan membantu kami dalam mencari sejumlah botol yang bnayak. Kami semua bernasib baik, sewaktu kami pergi ke syarikat tersebut, masih terdapat tuan syarikat dimana proses untuk meminta sumbangan botol itu lebih mudah dan berjalan lancar. Kami berpuas hati dengan jumlah botol yang diberi oleh mereka. Malah, memudahkan lagi kerja kami dan boleh lakukan aktiviti seterusnya.