2 HARI 1 MALAM DI PEDALAMAN LEMOI PAHANG
Profile picture for user nur hidayah binti ahmad_1
Malaysia

2 HARI 1 MALAM DI PEDALAMAN LEMOI PAHANG

     Program 2 hari 1 malam ini merupakan Program Motivasi Murid SK Lemoi.Terdapat 32 orang murid yang menyertai program ini yang terdiri daripada murid tahap 2 iaitu murid Tahun 4 , Tahun 5 dan Tahun 6.SK Lemoi ini terletak di kawasan pendalaman Cameron Highlands Pahang.Disebabkan sekolah ini terletak di kawasan pedalaman , kami dikehendaki untuk menaiki kenderaan 4x4 dari Bandar Ringlet sehingga lah ke Kampung Lemoi.Ianya merupakan satu perjalanan yang panjang dan sukar tetapi sangat menyeronokkan.Kami meredah sungai dan jalan yang berbatu serta berlumpur untuk sampai ke SK Lemoi tersebut.Kami selaku guru pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan seramai 10 orang dijemput sebagai fasilitator serta 3 orang pensyarah pembimbing.Program ini juga turut melibabtkan kerjasama ibu bapa murid.Majoriti murid di sekolah ini merupakan murid asli yang bersuku kaum Semai.

      Kadar kehadiran murid asli di sekolah ini sangat rendah.Mungkin disebabkan masih kurang motivasi tentang kepentingan pendidikan dalam kalangan masyarakat sekitar.Justeru , salah satu objektif program ini ialah untuk meningkatkan motivasi ibu bapa , murid dan penduduk sekitar mengenai kepentingan pendidikan.

      Berikut merupakan tentatif program selama 2 hari 1 malam.

7 JULAI 2019.HARI PERTAMA

MASAPERKARA                                              8.00 AM 

Bergerak dari IPGKTAA , Kuala Lipis ke  Cameron Highlands.                                                

10.30AM

Bergerak dari Bandar Ringlet ke Pedalaman Lemoi.

12.30 PM

- Sampai di destinasi.

- Persiapan diri.

- Makan tenghari.

2.00 PM- Ice breking4.00 PM

- Minum petang

- Solat Asar.

5.00 PM - Riadah5.30 PM- Ziarah Cakna Kampung Lemoi7.00 PM 

- Makan Malam

- Persiapan Diri

8.00 PM

-  Puzzle Math 

- Jambatan Peribahasa

- Menara Impian

10.00 PM

- Persiapan diri

- Tidur

8 JULAI 2019 HARI KEDUA.

MASAPERKARA6.00 AM

- Persiapan diri

- Solat subuh

- Sarapan

7.30 AM- Riadah8.00 AM- Treasure Hunt9.30AM

- Minum pagi

- Kehadiran Ibu bapa

10.00 AM- Motivasi Pendidikan11.00 AM- Pembentangan oleh murid dan ibu bapa12.00 PM- Perkongsian oleh guru pelatih peribumi 12.30 PM- Ucapan guru besar1.00 PM

- Sesi bergambar

- Bersurai

        Program berjalan dengan sangat lancar.Kerjasama yang sangat baik yang diberikan oleh ibu bapa , guru dan juga murid.Merupakan satu pengalaman yang baharu dan bermakna untuk saya.

Started Ended
Number of participants
45
Service hours
540
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share