1st Scout Camp as Rover Scouts 2019
Pada 15-17 Februari 2019, program Perkhemahan Pengenalan Pengakap Kelana dan Vigil Pantai Timur telah diadakan adalah untuk memperkenalkan dann memberi pendedahan tentang pengakap kelana kepada pengakap remaja yang telah tamat persekolahan. Program ini juga diadakan adalah untuk istiadat penyarungan epolet kepada bakal kelana setelah ujian yang diadakan sepanjang pprogram berlangsung.
Antara aktiviti yang telah dijalankan pada 3 hari 2 malam tersebut termasuklah, latihan kawad kaki, persetiaan Pengakap, undang-undang pengakap, masakan rimba, jenis-jenis asas ikatan, istiadat pagi, mendirikan gajet, asas pertolongan cemas dan pendedahan tentang sejarah pengakap telah diadakan sebelum ujian dijalankan pada sebelah malam. Selain itu, saya ditempatkan untuk bertugas di stesen kawad kaki. Program pembersihan Pantai Telok Kalung juga turut diadakan.
Setiap peserta berjaya meyelesaikan ujian-ujian dengan jayaya. Dengan ini, para peserta yang berhasrat untuk meneruskan kepengakapan mereka dapat diteruskan sebagai pengakap kelana.
Dari mengurus program ini, saya dapat belajar bagaimana selok-belok menguruskan sesebuah program besar yang menyatukan ukhuwah pengakap-pengakap dari negeri berbeza.