Profile picture for user nurul rasyidah
Malaysia

SW AWARD DISCOVERY WORKSHOP- DAY 1

SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY WORKSHOP telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 3 Februari 2023 hingga 5 Februari 2023 di Pusat Kesatria Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini mestilah diikuti oleh ahli pengakap sebagai langkah pertama dalam membuat "passport" untuk menjalankan projek dan aktiviti dalam menjayakan program Scout World Award (SWA). Pada hari pertama, 3 Februari (Jumaat), kami telah didedahkan dengan pengenalan mengenai Scout World Award (SWA). Program ini memberi penjelasan yang amat penting cara dan langkah untuk melakukan project SWA dengan cara yang betul. Kami juga didedahkan dan diberi kefahaman mengenai Sustainable Development Goals (SDGs). Pada malam itu pula, kami telah membuat persiapan mengenai projek SWA yang akan kami bentangkan dan jalankan.
Topics
Communications and Scouting Profile
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share