Rovers Towards Adventure #KLKMUKM
Pengembaraan saya bermula pada 17 Jun 2022 dan berakhir pada 19 Jun 2022. Pengembaraan selama 3 hari 2 malam itu mengambil tempat di Putrajaya, Cyberjaya, Pondok Unais dan Dengkil. Saya bergerak daripada Masjid UKM pada pukul 8 pagi bergerak ke Putrajaya. Saya bermalam di Putrajaya dan bergerak ke Cyberjaya keesokan harinya. Saya melakukan beberapa aktiviti yang diwajibkan sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Banyak cabaran yang saya hadapi antaranya termasuklah cuaca yang tidak menentu, keadaan jalan raya yang sibuk, dan sebagainya. Pada hari terakhir pengembaraan, saya bergerak ke Pondok Unais yang terletak di Dengkil sebelum memulakan perjalanan kembali ke UKM. Saya tiba di Masjid UKM pada pukul 5 petang. Pengembaraan ini banyak mengajar saya nilai-nilai murni yang akan saya aplikasikan dalam kehidupan seharian.