
PROGRAM KEMASYARAKATAN- Surau Al-Hidayah
Pada 5 Disember, kami melakukan Program Kemasyarakatan di Surau Al-Hidayah, Seksyen 5, Kajang. Kami membersihkan kawasan tempat mengambil wuduk di dalam dan luar surau. Kami juga membersihkan tandas surau tersebut. Antara objektif program ini adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kelanasiswa dan masyarakat setempat. Seterusnya, dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri agar terus sama-sama menjaga kebersihan dan kemudahan di masjid dan juga dapat memberi sumbangan yang positif terhadap pembangunan masyarakat.