
PROGRAM JALINAN KASIH KELANA
Pada 17 Julai 2022, hari ahad, Program Jalinan Kasih Kelana telah diadakan di Rumah Titian Kaseh dan Tasik Titiwangsa pada jam 7.00 pagi sehingga 2.30 petang. Jalinan Kasih Kelana merupakan program kebajikan yang dijalankan oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak Rumah Titian Kaseh mengenai kepengakapan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar anak-anak dapat menggunakan ilmu yang dipelajari untuk masa hadapan. Selain itu adalah untuk membangunkan kemahiran insaniah ahli KLKM UKM dengan turut serta dalam aktiviti kepengakapan. Pengakap kelana dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti yang menyeronokkan di samping menjalin silaturahim persahabatan dan menawarkan aktiviti khidmat menarik kepada anak-anak Rumah Titian Kaseh. Program ini memberi pengajaran kepada pengakap kelana dalam berkongsi kasih bersama anak-anak Rumah Titian Kaseh.