PROGRAM HIKING TRAILS CLEANING DI BUKIT SAGA, SELANGOR
Tarikh: 7 Oktober 2017
Tempat: Bukit Saga, Ampang, Selangor
Program Hiking Trails Cleaning ini disertai oleh ahli Kelanasiswa Universiti Putra Malaysia seramai 70 orang. Sepanjang program ini, ahli-ahli diiringi oleh 3 orang pemimpin KLKM UPM iaitu Tuan Fitri, Tuan Hafeez dan Tuan Hisham. Sebelum melakukan pendakian di Bukit Saga, kami telah diberikan tugasan untuk membersihkan trek perjalanan. Semua ahli dibekalkan dengan beg plastik untuk memudahkan kerja kutipan sampah di sepanjang perjalanan. Kami berhenti di setiap 'checkpoint' tertentu dan berhenti berehat di situ sebelum tiba di puncak Bukit Saga. Selepas membersihkan kawasan 'checkpoint' tersebut, kami menyambung perjalanan untuk menuruni Bukit Saga. Sampah sarap turut dibawa turun untuk dibuang.