PERKHEMAHAN KELANASISWA (PERKASA) 2.0
Pada 3 Jun 2022, telah diadakan Perkhemahan Kelanasiswa (PERKASA) 2.0 di Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang, selangor. KLKM telah mengambil satu inisiatif mengadakan satu program perkhemahan yang dikenali sebagai Perkhemahan Kelanasiswa (PERKASA) 2.0. Perkasa 2.0 diadakan bagi meningkatkan kesepaduan anggota KLKM bagi melaksanakan program yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat khususnya. Perkasa 2.0 merupakan rentetan dari Perkasa 1.0 yang telah disertai oleh KLKM Krew 01. Oleh itu, Perkasa 2.0 akan disertai oleh KLKM Krew 01 dan Krew 02 yang masing-masing wajib memenuhi keperluan Lencana Keahlian, iaitu dengan berkhemah sebanyak 10 malam.