
PERKHEMAHAN KELANASISWA (PERKASA) 2.0
PERKHEMAHAN KELANASISWA (PERKASA) 2.0
TARIKH :03/06/2022 - 06/06/2022
TEMPAT : Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang, Selangor
ANJURAN : Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Kebangsaan Malaysia
TEMA : 'Asas Kepengakapan, Membina Jati Diri'
Perkhemahan Kelanasiswa (PERKASA) 2.0 merupakan program secara tahunan yang diadakan oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketersediaan teknologi telah berjaya merubah landskap KLKM UKM di mana seluruh aktiviti pembelajaran dan pengajaran ilmu kepengakapan dilaksanakan sepenuhnya di atas talian. Namun, keterbatasan pertemuan secara fizikal telah memberi kesan terhadap interaksi dan perbincangan sesama ahli kelanasiswa UKM adalah terhad. Oleh itu, KLKM telah mengambil satu inisiatif mengadakan satu program perkhemahan yang dikenali sebagai Perkhemahan Kelanasiswa (PERKASA) 2.0. Perkasa 2.0 diadakan bagi meningkatkan kesepaduan anggota KLKM bagi melaksanakan program yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat khususnya. Perkasa 2.0 merupakan rentetan dari Perkasa 1.0 yang telah disertai oleh KLKM Krew 01. Oleh itu, Perkasa 2.0 akan disertai oleh KLKM Krew 01 dan Krew 02 yang masing-masing wajib memenuhi keperluan Lencana Keahlian, iaitu dengan berkhemah sebanyak 10 malam. Perkhemahan Kelanasiswa (PERKASA) 2.0 merupakan program secara tahunan yang diadakan oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketersediaan teknologi telah berjaya merubah landskap KLKM UKM di mana seluruh aktiviti pembelajaran dan pengajaran ilmu kepengakapan dilaksanakan sepenuhnya di atas talian. Namun, keterbatasan pertemuan secara fizikal telah memberi kesan terhadap interaksi dan perbincangan sesama ahli kelanasiswa UKM adalah terhad. Oleh itu, KLKM telah mengambil satu inisiatif mengadakan satu program perkhemahan yang dikenali sebagai Perkhemahan Kelanasiswa (PERKASA) 2.0. Perkasa 2.0 diadakan bagi meningkatkan kesepaduan anggota KLKM bagi melaksanakan program yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat khususnya. Perkasa 2.0 merupakan rentetan dari Perkasa 1.0 yang telah disertai oleh KLKM Krew 01. Oleh itu, Perkasa 2.0 akan disertai oleh KLKM Krew 01 dan Krew 02 yang masing-masing wajib memenuhi keperluan Lencana Keahlian, iaitu dengan berkhemah sebanyak 10 malam.
Pengakap Kelana ialah pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara 17 tahun hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti yang menyeronokkan, menjalin silaturrahim persahabatan dan menawarkan aktiviti khidmat menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli yang bersefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dipanggil Krew Pengakap Kelana. Program perkhemahan dan vigil adalah sebagai pendedahan pertama dan ilmu pengenalan unit Pengakap Kelana kepada semua individu. Maksud dan tujuan proses ini merupakan suatu masa semasa seorang pengakap kelana itu berada dalam keadaan sunyi dan tenang, menguji dan menyediakan dirinya sendiri berdasarkan kesediaan dan undang-undang pengakap.