Profile picture for user aisyah syah_1_1
Malaysia

My first Scouts of the World Award Discovery!

On cloud nine! It is my first time joining Scouts of the World Award Discovery. Pada 22 Jun hingga 24 Jun 2018 telah berlangsungnya Kursus Discovery Scouts Of The World Award yang diadakan di Institut Latihan KEMAS, Kuantan, Pahang. Kursus ini telah dihadiri seramai 50 ahli pengakap kelana dan pengakap remaja dari pelbagai negeri termasuk Pahang, Selangor dan Terengganu serta Koordinator Messenger Of Peace Kebangsaan. Kursus yang diadakan sepanjang 3 hari merangkumi pelbagai aktiviti menarik iaitu pengenalan kepada Sustainable Development Goals (SDG) MOP, SWA serta khidmat masyarakat. Pada hari terakhir kursus tersebut, semua peserta sangat teruja kerana berjaya menghabiskan kursus dan telah memiliki passport Discovery: Scouts Of The World Award. Hasil dari kursus yang diadakan ini bakal memberikan impak yang besar kepada ahli pengakap kelana yang merancang untuk membuat projek khidmat masyarakat yang memberi maanfaat kepada semua golongan masyarakat mahupun pengakap itu sendiri. Akhir kata, semoga projek yang bakal dilaksanakan itu setaraf dengan projek dan pencapaian di peringkat dunia.
Topics
Youth Engagement
Communications and Scouting Profile
Youth Programme

Share via

Share