MALAM APRESIASI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA 2018
Tarikh: 24 Mac 2018 (Rabu)
Tempat: Auditorium Jurutera Raden Umar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia
Tugas: AJK Tugas-tugas Khas
Malam Apresiasi KLKM dianjurkan oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia UPM dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia untuk mengukuhkan, mengeratkan lagi hubungan antara sesama ahli Persekutuan Pengakap Malaysia (Negeri) Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia agar perkongsian ilmu Dan pengalaman menjadi sebahagian ahli pengakap dapat diadakan dalam suasana yang lebih mesra dan akrab.
Malam Apresiasi KLKM ini dihadiri oleh 230 orang peserta yang terdiri daripada peserta dari KLKM UPM sendiri dan juga ahli KLKM UPM dari IPTA Dan IPTS lain. Majlis ini dianjurkan untuk memberikan penghargaan kepada ahli KLKM yang telah memperoleh pelbagai pencapaian cemerlang sepanjang menjadi ahli KLKM. Pengisian majlis pasa malam tersebut ialah Sesi Pengalungan Manik Kayu, Sesi Penganugerahan Pingat dan Sijil serta Majlis Pelancaran Majalah Kelanasiswa yang pertama Kali diterbitkan oleh ahli KLKM. Majlis ini dirasmikan oleh Ybhg Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr Haji Shadow bin Haji Mohd Salleh selaku Ketua Pengakap Negara.
Ahli Pengakap Kelanasiswa UPM dapat mempamer keupayaan diri dalam menguruskan kerja kumpulan dalam aktiviti Pengakap Kelana serta membina semangat berpasukan dan kerjasama ahli-ahli Pengakap Kelanasiswa UPM. Di samping itu, dapat berkongsi ilmu dan pengalaman sesama ahli Pengakap Kelana yang lain dan membina jati diri dan semangat kesukarelawanan dalam diri ahli Pengakap Kelanasiswa UPM.