Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Tahun 2018.
Malaysia

Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Tahun 2018.

Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Tahun 2018 telah diadakan pada 27 Januari 2018. Majlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Persiapan yang rapi telah dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid dan seluruh tenaga kerja ASC, DC dan ADC PPM Perak Darul Ridzuan melancarkan perjalanan majlis tersebut. Menurut Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri Perak, Puan Zaharah binti Abd Manaf kerjasama yang erat antara Pengakap Negeri Perak dengan agensi-agensi kerajaan amat dihargai dan disanjung tinggi kerana agensi kerajaan telah membantu merealisasikan majlis ini bermula daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksanaan sehingga majlis selesai.

Share via

Share