LATIHAN RAWATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS (LENCANA PERKHIDMATAN KLKM UPM)
Tarikh : 25 Mac 2018
Lokasi: Pusat Kesihatan Universiti UPM (PKU)
Lencana Perkhidmatan merupakan salah satu lencana wajib yang syaratnya harus dilengkapi. Dalam mencapai matlamat ino, 41 orang ahli Kelanasiswa Universiti Putra Malaysia telah menyertai latihan rawatan dan pertolongan cemas di Pusat Kesihatan Universiti (PKU UPM). Sepanjang latihan ini dijalankan, kami telah dipantau oleh Tuan Hisham, jurulatih KLKM UPM. Penceramah khas iaitu Pegawai Pusat Kesihatan diundang untuk memberi teori dan kemahiran pertolongan cemas kepada ahli krew. Penerangan seperti 'Cardiopulmonart Resuscitation' dilakukan oleh beliau. Beliau turut mengingatkan kami agar mengaplikasikan ilmu pengetahuan ini sekiranya berlaku kecemasan.