Profile picture for user nurul rasyidah
Malaysia

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR

Pada 22 Mei 2022, hari sabtu, saya menyertai kursus Pertolongan Cemas dan CPR yang diadakan di Bilik Auditorium, Pusat Kesatria UKM. Kursus Pertolongan Cemas bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga 5 petang. Pada jam 7.45 pagi, kami semua diarahkan untuk daftar terlebih dahulu. Seterusnya, kami diarahkan untuk berkumpul di padang Pusat Kesatria untuk melaksanakan istiadat mengibarkan bendera. Semasa berkumpul juga, Tuan Affendy dan Dr Muna memberi sedikit taklimat. Setelah selesai berkumpul kami berjalan masuk ke bilik Auditorium untuk memulakan slot pertama. Pada jam 9 pagi, slot satu bermula. Kami diberi ceramah Ilmu Pertolongan Cemas oleh dua orang pegawai Pertahanan Awam iaitu Lt. (Pa) Wan Nabisha Fashshalna Binti Wan Pauzi dan Pbt. (Pa) Zainal Fitri Bin Yahya. Slot pertama kami mendengar ceramah mengenai asas pertolongan cemas dan seterusnya pada slot kedua kami mendengar ceramah mengenai balutan dan anduh. Setelah selesai slot kedua kami berehat, solat dan makan tengah hari. Slot ketiga bermula pada jam 2 petang iaitu topik CPR, bantuan kecemasan sehingga pukul 4.30 petang. Setelah selesai slot ketiga, AJK cenderamata memberi cenderahati dan sijil kepada dua penceramah yang datang sebagai tanda terima kasih dan ingat-ingatan. Seterusnya, kami berkumpul dan bergambar bersama-sama. Kami amat gembira kerana kami bukan sahaja mendengar ceramah yang disampaikan, tetapi kami juga diajar cara untuk membalut kepala, tangan, kaki dan juga kami diajar cara untuk membuat CPR. Dengan ini, kami dapat belajar sambai menambah ilmu mengenai Pertolongan cemas. Hal ini akan memudahkan kita untuk menyelamatkan orang jika berlaku kecemasan di depan mata kita.
Topics
Leadership
Interpersonal skills
Health lifestyles
SDGS
Initiatives
Skills for Life

Share via

Share