Profile picture for user nurul rasyidah
Malaysia

KURSUS PEMADAM API

Pada 21 Januari 2023, hari sabtu, saya telah menyertai kursus pemadam api yang telah diadakan di Pusat Kesatria UKM bermula jam 8 pagi sehingga 1 petang. Projek ini diadakan di Pusat Kesatria Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama jurulatih Angkatan Pertahanan Awam. Tujuan utama kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada ahli KLKM UKM akan kepentingan mempelajari ilmu pemadam api agar dapat melahirkan Pengakap Kelana yang berkemampuan menghadapi saat kecemasan dan kemalangan. Kemahiran ini juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Projek ini berjaya memupuk sifat keberanian dalam kalangan ahli Kelana agar bersedia dan bertindak cekap dalam menghadapi kebakaran.
Topics
Personal safety
Youth Programme
Nature and Biodiversity
Initiatives
Environment and Sustainability
Health and Wellbeing

Share via

Share