Kuliah Sem 1 (Lencana Keahlian) 7.11.20

Pada tarikh 7 November 2020, bermula kuliah pertama bagi semester 1. Beberapa sub-topik telah disentuh dalam kuliah ini iaitu berkaitan Lencana Keahlian. Saya telah dapat menyatakan persetiaan dan undang-undang pengakap serta perbincangan tentang tujuan pergerakan pengakap dan beberapa peranan yang perlu ada oleh ahli pengakap kelana. Persetiaan pengakap bertujuan untuk memupuk semangat serta menjadi darah daging tujuan pergerakan. Bagi Undang-undang pengakap pula, sebagai ahli pengakap kelana saya harus menjadikan diri saya taat kepada perintah agama, raja dan negara, menjadikan diri sendiri berguna dengan menolong orang pada setiap masa. Seterusnya, menjaga maruah diri dan menjadi sahabat kepada ahli pengakap yang lain. Akhir sekali, tujuan pergerakan pengakap ialah supaya membentuk warganegara yang taat kepada Negara, meninggikan persaudaraan antara ahli saudara pengakap sedunia, fikiran progresif antara belia dan lain-lain.
Topics
Better Choice
Communications and Scouting Profile
SDGS

Share via

Share