
Kesenian Malam Melayu Sejati Di Pulau Misa, Bota Perak Darul Ridzuan
Pulau Misa merupakan Perkampungan Warisan Budaya Melayu yang memartabatkan budaya melayu untuk rujukan generasi akan datang. Pulau ini bekerjasama dengan Persatuan Kebudayaan Dan Nusantara Malaysia atau dikenali sebagai dendang anak menghidupkan kembali suasana perkampungan ini berdasarkan Hikayat Misa Melayu yang ditulis oleh Raja Chulan. Dalam Hikayat Misa Melayu menceritakan sistem pemerintahan, adat melayu dan sebagainya yang dijalankan pada kurun ke-15 semasa pemerintahan Sultan Iskandar Shah. Persatuan ini memartabatkan budaya melayu dengan mengadakan Malam Melayu Sejati untuk dipertontonkan kepada orang ramai.Malam Melayu Sejati ini mempersembahkan kembali budaya melayu yang ditulis dalam Hikayat Misa Melayu dimana pada malam itu mereka melakonkan semula bagaimana cara untuk menghadap raja dan pembesar, tarian,silat, dendangan lagu, joget lambak dan sebagainya. Malam Melayu Sejati juga dikatakan sebagai hiburan orang melayu pada zaman dahulu kala dan tempat untuk mencari pasangan.
Malam melayu sejati diadakan pada setiap hari Sabtu jam 9 malam dan yang menghadiri sebagai penonton akan memakai busana dan bukan itu sahaja ia juga memberi peluang kepada generasi kini untuk mendalami erti budaya melayu itu sendir.