Kepengakapan sekadar teori ataupun kepakaran?
Selain ilmu teori,ahli pengakap juga perlu mempunyai ilmu kemahiran yang luas.Selaras dengan itu,Lencana Kemahiran direalisasikan untuk menguji kemampuan seseorang pengakap itu dalam menguasai kemahiran dan kepakaran dalam ilmu kepengakapan seperti kawad,tali-menali,gajet serta survival. Berikutan dengan itu,Kem Lencana Kemahiran telah dianjurkan oleh PPM Daerah Kajang untuk menguji kompetensi para Calon Pengakap Raja yang diwajibkan lulus lencana ini.Perkhemahan 3 hari 2 malam ini mengambil tempat di SMK Taman Jasmin,Kajang pada 23 hingga 25 Ogos 2019.Setiap peserta diuji dengan ilmu-ilmu kemahiran kepengakapan seperti Asas Kawad Kaki,Kawad Tongkat,Halangan Komando,Malam Kebudayaan,Masakan Rimba,Pioneering,Gajet Perkhemahan,Istiadat Kepengakapan serta Ikatan dan Simpulan. Kesimpulan dari program ini adalah seseorang pengakap itu hendaklah seimbang diantara ilmunya serta kemahirannya.Teori tanpa praktikal tidak dapat menghasilkan pengakap yang ideal.Ini kerana ilmu pengetahuan perlulah berjalan seiring dengan kepakaran individu.