
JOM RAYA BERSAMA
Misi kemanusian sempena Syawal yang bakal tiba. Sumbangan diberikan dalam bentuk barangan dapur, keperluan dandanan diri, bantal, selimut serta wang tunai. Program ini diketuai oleh En. Hulaimi selaku Setiausaha Pasukan Pengakap Kelana Mas, Pasir Mas, Kelantan. Seramai 16 orang ahli telah berkelapangan untuk turun menyampaikan sumbangan kepada 9 buah keluarga yang terdiri daripada kalangan ibu tunggal, anak yatim, OKU dan warga emas. Fasa 1 yang telah dijalankan ini mendapat sumbangan dana daripada ahli-ahli, orang perseorangan dan syarikat-syarikat. InshaAllah, fasa 2 bakal menyusul.