Jalinan Kasih Kelana
17 Julai 2022, Ahad
Krew 02, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadakan suatu program yang melibatkan anak yatim dari umur 4 tahun hingga 15 tahun di Rumah Jalinan Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Aktiviti yang dijalankan adalah eksplorasi Taman Titiwangsa yang melibatkan 4 sub-aktivti iaitu mempelajari ikatan pengakap, pertolongan cemas, berpengalaman berkhemah selama sehari dan mempelajari tentang gajet.
Setiap aktiviti yang kami lakukan memberi kesan mendalam dalam pengetahuan mereka tentang pengakap. Selain itu, kami juga mendapat banyak pelajaran daripada mereka meskipun umur mereka amatlah muda.
Saya berharap agar aktiviti bersama anak yatim sentiasa dijalankan.