Dua Lencana Dalam Genggamanku!!
Profile picture for user zek_1
Malaysia

Dua Lencana Dalam Genggamanku!!

  Meningkatnya seseorang pengakap itu dari unit Pengakap Muda yang berumur 13 hingga 15 tahun ke fasa yang seterusnya iaitu unit Pengakap Remaja yang berumur 16 hingga 17 tahun ialah lumrah bagi insan yang terlibat dalam kepengakapan.Bahkan apabila seseorang Pengakap  Muda menjalani Istiadat Meningkat Naik menjadi seorang pengakap remaja,ia tidak hanya diuji dan dinilai dari silibus kepengakapan sahaja. Pelbagai aspek seperti nilai kepimpinan,fizikal dan mental yang lebih kuat dan tabah,pemikiran yang akan diuji secara kritikal,kritis mahupun kreatif.

  Penganjuran Kem Lencana Kegiatan Dan Perkhidmatan oleh PPM Daerah Kajang membuktikan bahawa para pengakap remaja dari daerah itu diberi peluang untuk membuktikan bahawa mereka layak dan mampu untuk mengejar anugerah tertinggi dan berprestij seperti Anugerah Pengakap Raja. Perkhemahan ini telah dianjurkan pada 5 hingga 7 April 2019 di SMK Sungai Ramal dan merupakan siri perkhemahan pertama bagi Calon Pengakap Raja 2020 (CPR Kajang 2020) dalam mencapai peringkat 5 Lencana Tertinggi Pengakap Remaja.Seramai 88 orang pengakap remaja dari sekolah-sekolah sekitar daerah Kajang telah menyertai perkhemahan ini.Berikut merupakan tentatif program  ini:-

5 April 2019

  • 1500: Sesi pendaftaran peserta
  • 1600: Taklimat aktiviti & pemasangan khemah
  • 1700: Pembahagian patrol dan tugasan
  • 1800: Refleksi diri
  • 2100: Slot Kraftangan dari bahan kitar semula (tugasan patrol)
  • 2200: Raptai Persembahan Malam Kebudayaan
  • 2300: Mengejar mimpi

 

  6 April 2019

  • 0600: Bangun pagi dan pengurusan kendiri
  • 0700:Senaman pagi dan sarapan pagi
  • 0800: Pemeriksaan pagi dan istiadat bendera
  • 0900: Slot teori bantu mula
  • 1300:Refleksi diri
  • 1500:Slot praktikal bantu mula
  • 1800:Persiapan malam kebudayaan
  • 2100:Malam kebudayaan
  • 2300: Mengejar mimpi

  7 April 2019

  • 0600: Bangun pagi dan pengurusan kendiri
  • 0700: Senaman pagi dan sarapan pagi
  • 0800: Pemeriksaan pagi dan istiadat bendera
  • 0900: Khidmat Masyarakat
  • 1000: Istiadat menurunkan bendera dan raptai majlis penutup
  • 1100: Majlis penutup dan penyampaian sijil
  • 1200: Bersurai

  Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Chayed Bin Basiron selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kajang.Kejayaan pelaksanaan Kem Lencana Kegiatan Dan Perkhidmatan ini merupakan titik tolak kepada perjalanan para CPR Kajang 2020 dalam misi untuk mencapai Anugerah Pengakap Raja yang amat disegani serta mengharumkan nama PPM Daerah Kajang dengan menjadi seorang pengakap yang berkualiti pada masa hadapan.

Topics
Communications and Scouting Profile
SDGS

Share via

Share