Profile picture for user ataullah bin anas
Malaysia

DRB-HICOM UNIVERSITY SCOUT CHALLENGE 2022

DRB-HICOM UNIVERSITY SCOUT CHALLENGE 2022 (DSC'22) Satu pertandingan peringkat negeri telah dianjurkan oleh KLKM DRB-HICOM U dan disertai oleh Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja daripada beberapa buah daerah dalam Negeri Pahang. Penganjuran ini mendapat sokongan penuh daripada PPM NEGERI Pahang, PPM NEGERI KLKM dan juga PPM Daerah Pekan. DSC'22 ini diadakan bertujuan bagi mengasah bakat dan juga kemahiran-kemahiran dalam kepengakapan Yang ada dalam diri anak-anak pengakap melalui pertandingan yang disediakan seperti pertandingan kawad Kaki, pertandingan membina projek pioneering, pertandingan model tapak perkhemahan, ekplorasi kemahiran kepengakapan dan juga kuiz asas kepengakapan secara dalam talian. Hampir 1600 orang penyertaan termasuklah kuiz secara dalam talian yang juga mencatatkan penyertaan paling ramai iaitu seramai hampir 1200 orang. Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah telah dihadiri oleh YBHG. PROF DATO’ SR. DR. OMAR OSMAN (Naib Canselor DRB-HICOM University merangkap Yang Dipertua Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Daerah DRB-HICOM University), TUAN AMIN NOLLAH BIN LATEH (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Pahang), PROF. MADYA TS. DR. HAJI MUSTAFFA BIN HAJI IBRAHIM (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (PPM). TERIMA KASIH dan tahniah kepada semua pemimpin-pemimpin pengakap yang telah melatih anak-anak pengakap dengan tulus ikhlas sehingga mereka berjaya menjadi insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga pertandingan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
Topics
Youth Engagement

Share via

Share