Adakah Benar Aku Mengenali Negaraku Ini Sebenarnya?
Tidak dinafikan bahawa hal ehwal berkaitaan kenegaraan amat dtitikberatkan dalam segala aspek dalam kepengakapan,hal ini selaras dengan Persetiaan Pengakap yang menyatakan bahawa "taat kepada Tuhan,Raja dan Negara" yang menunjukkan betapa pentingnya sebuah institusi kenegaraan menjadi salah satu tonggak utama dalam kepengakapan.Justeru pelbagai silibus lencana dalam pelbagai unit pengakap menekankan slot kenegaraan sebagai pengetahuan yang perlu diambil perhatian dan bukan dianggap hal yang remeh-temeh. Sebagai contoh, Lencana Jayadiri di peringkat unit Pengakap Remaja memfokuskan berkenaan kenegaraan dan organisasi menunjukkan bahawa seseorang pengakap itu harus mengetahui serba serbi berkenaan negaranya serta pemimpinnya.
PPM Daerah Kajang telah menganjurkan Kursus Lencana Jayadiri yang bertempat di SMK Bandar Seri Putera pada 7 Julai 2019.Berikut merupakan tentatif program berikut:-
7 Julai 2019
- 1000: Pendaftaran peserta
- 1100:Pengenalan kepada sistem kerajaan berdemokrasi
- 1200:Pengenalan kepada Carta Organisasi (Kerajaan,Pengakap dll.)
- 1300:Tugasan Buku Log ( melukis jata negeri dan kuiz kenegaraan)
- 1400:Latihan asas perbarisan
- 1500:Refleksi diri
- 1600:Khidmat masyarakat
- 1700:Majlis penutup dan sesi fotografi
- 1830: Bersurai
Pada akhir program ini,kita sendiri dapat muhasabah diri memikirkan adakah selama ini kita benar benar mengenal negara kita yang tercinta ini?adakah selama ini yang dikejar hanyalah lencana semata mata namun matlamat sebenar yang cuba disampaikan hanya didengari sambil lewa ? renungkanlah didalam lubuk hati kita yang terdalam dan carilah jawapan yang terbaik dari dalam diri kita.