
Wow hebatnya Nepal..!?
Saya terasa sangat kagum dengan Nepal kerana setiap ahli Pengakap mereka bersungguh-sungguh memeriahkan laman sesawang www.scout.org.
Perasaan kagum ini terbit semasa saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Messenger of Peace (MOP) Kebangsaan Bil. 1/2018 yang telah diadakan pada 16 & 17 March 2018 bertempat di Dewan Templar, Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Koordinator MOP Kebangsaan, Tuan Amir Hamzah Bin Aman telah dihadiri oleh 25 orang peserta dari seluruh Malaysia.
Pada masa yang sama, pihak World Organisation of Scout Movement (WOSM) turut menghantar 3 orang wakil yg diketuai oleh Cik Syntia bagi menyampaikan sedikit penerangan berkenaan cara pengiraan jam servis dan panduan mencipta projek di laman rasmi WOSM.