World Peace Month Run For Peace

World Peace Month Run For Peace

Larian Keamanan Sempena Bulan Keamanan Sedunia

Tarikh: 29 September 2019 (Ahad)
Tempat: SMK Bagan Serai, Perak
Masa: 7:30 pagi – 2:00 petang

Anjuran: Krew Kelana Agung Daerah Kerian dengan kerjasama Pengakap SMK Bagan Serai

Penyertaan: 26 orang Pengakap Muda, 30 orang Pengakap Remaja, 12 orang Pengakap Kelana, 5 orang Pemimpin

Sempena Bulan Keamanan Sedunia pada bulan September ini, Krew Kelana Agung Daerah Kerian mengambil inisiatif untuk menganjurkan Larian Keamanan Sempena Bulan Keamanan Dunia di SMK Bagan Serai. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai Messenger of Peace (MoP) kepada para peserta. 

Pada pagi 29 September, para peserta berlari mengikuti jalan terusan Kampung Parit Haji Ismail mengelilingi bendang sawah padi dan melalui ladang kelapa sawit. Terdapat beberapa stesen permainan yang disediakan di kawasan lapang ladang kelapa sawit.

Selepas tamat larian, berlangsungnya Majlis Penutupan Larian Keamanan Sempena Bulan Keamanan Sedunia. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Azzat Bin Habibullah, Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kerian dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Number of participants
1
Service hours
6
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Partnerships
Youth Programme

Share via

Share