World Jota Joti 2017 : 9M4S, 9M2PPM & 9M4CSW

World Jota Joti 2017 : 9M4S, 9M2PPM & 9M4CSW

World Jota Joti 2017 kali ini telah diadakan di SK Bukit Bandaraya, Jalan Bangkung, Bangsar, Kuala Lumpur. Uniknya penganjuran kali ini Kuala Lumpur menjadi Tuan rumah bagi tiga stesyen iaitu 9M4S ( World Scout Bureau), 9M2PPM ( Persekutuan Pengakap Malaysia), dan 9M4CSW (PPM WP Kuala Lumpur). Pada Jumaat malam, pendaftaran peserta dan persediaan stesyen telah dijalankan di tapak aktiviti. Pagi Sabtu pula, kesemua aktiviti berjalan secara penuh sepanjang hari. Stesyen di Kuala Lumpur telah menyediakan sebanyak 10 aktiviti yang dijalankan secara berpengkalan. Aktiviti adalah seperti berikut: 1. Morse code Tx 2. Morse code Rx 3. Mini RAE 4.QSO 2M 5. HF radio 6. Joti 7. Bendera Semaphore 8. Bendera Interco 9. My QTH 10. Soldering Kit Ada juga di adakan pameran kenderaan Radio Amatur Emcomm oleh Kuala Lumpur Dx'ing Team (KLDX), yang juga turut membantu dalam menjalankan aktiviti HF radio. Sebelah malam pula, krew dan pegawai melakukan "Jota Station Hunting and pile up" melalui HF radio. Aktiviti Joti melalui Skype juga dijalankan. Ahad pula, aktiviti HF radio dan Joti diteruskan. It's been a rich and wonderful experience planning, managing, working and have fun with all level of the crew, officers, leaders, participant. Credits to PPM WPKL, KLDX, PPM and WSB for us to work together and entrusting us to conduct such great event. Hope to see you all again next. Cheerio 73 de 9W2SLB
Started Ended
Number of participants
300
Service hours
6000
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety