WHAT IS COOLER THAN COOL?
SCOUTING!!!!
Angin Kuala Selangor telah membawa saya menghadiri kursus Scout of the World Award (SWA) selama 3 hari 2 malam bertempat di Dewan Masyarakat Taman Melawati Jaya,Kuala Selangor.Kami telah diberikan pendedahan mengenai SWA oleh Tuan Amir Hamzah bin Aman,Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara merangkap Koordinator SWA kebangsaan serta beberapa orang penerima SWA.Perkongsian maklumat dan pengalaman mereka telah mendorong kami untuk turut serta menyertai SWA bagi mengangkat imej pengakap Malaysia agar setanding dengan pengakap luar negara.