We Can Do This
Pada 13/7/2018, kumpulan pengurusan telah pergi mencari batu bagi memenuhi syarat-syarat untuk membuat simen dengan lebih kukuh dan kemas. Kami semua mengambil masa yang lama untuk mengumpul batu tersebut. Tempat yang kami cari adalah di sekitar Pantai Tok Jembal. Pengukuhan simen dapat dibuat dengan lebih baik jika adanya batu batuan yang kecil dan pasir. Saiz batu itu tidaklah begitu besar dan juga tidak begitu kecil, ianya bersesuaian dengan saiz pvc dan alatan yang digunakan.
Selain itu, tidak semua tempat mempunyai saiz batu yang sama, jadi ia memakan waktu yang agak lama untuk mendapatkan batu tersebut dengan kuantiti yang banyak. Kami mengambil masa selama 3 jam untuk mengutip batu kecil dan pasir di sekitar pantai. Ini kerana, jam agak suntuk dan telah senja untuk meneruskan aktiviti pencarian tersebut.
Dengan berbekalkan azam dan semangat yang jitu, kami semua bersungguh-sungguh dalam pencarian batu tersebut. Kami telah dipecahkan kepada beberapa tempat agar dapat menyiapkan tugasan dengan lebih efektif dan berkesan, dimana semua ahli kumpulan akan bersama-sama mencari batu dan pasir. Dari sini, saya dapat melihat kesungguhan setiap ahli kumpulan saya untuk menjayakan projek ‘bidong street light solar lamp’ ini