[THE WASH PROJECT: Update 9] Charity-Give me your support please!!!

[THE WASH PROJECT: Update 9] Charity-Give me your support please!!!

Nama kumpulan: Young Griffin’s Program: Membuat kutipan amal disekolah. Tarikh: Pada 15 ogos 2018 hingga 29 ogos 2018. Masa : Pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Bertempat di Smk Paya Besar, Kuantan Peserta: Seramai 3 orang ahli. Kami menyatakan usul kepada pemimpin pengakap dan pihak sekolah untuk membuat kutipan amal disekolah.Selepas perbincangan oleh pemimpin pengakap dan pihak sekolah,mereka telah memberi pelepasan kepada kami untuk menjalankan kutipan dana dalam kalangan guru dan pelajar.Proses ini memakan masa dua minggu untuk membuat kutipan tersebut .Pergerakan kami untuk membuat kutipan adalah mengikut jadual dengan perbincangan oleh pemimpin pengakap kerana tidak mahu menganggu proses pembelajaran dan pengajian (PdPc).Kami membuat kutipan pada kesemua pelajar , guru dan warga sekolah .Semua warga sekolah memberikan kerjasama dan memberi sedikit sebanyak wang untuk kutipan amal ini.Kutipan ini juga dibantu oleh ahli-ahli pengakap yang lain.Setiap hari wang kutipan akan diserahkan kepada timbalan bendahari projek untuk menambah dana projek The Wash ini. #SWAward #SWAPENGAKAPMALAYSIA #THEWASHPROJECT
Started Ended
Number of participants
3
Service hours
270
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Global Support Assessment Tool
Partnerships
Youth Programme

Share via

Share