[The Wash Project: Update 6] Menyusun Perbelanjaan
Malaysia

[The Wash Project: Update 6] Menyusun Perbelanjaan

NAMA KUMPULAN : YOUNG GRIFFIN
ACARA : TINJAUAN HARGA BARANGAN DAN KEPERLUAN
PENGLIBATAN  : 6 ORANG AHLI

MASA : 10.00PM HINGGA 6.00PM

TEMPAT : SEKITAR DAERAH KUANTAN DAN DAERAH MARAN PAHANG

Setelah pemerhatian di buat di cadangan tapak pembinaan projek. Kami telah menyenaraikan beberapa bahan dan keperluan yang harus dibeli untuk menyempurnakan hasrat dan cita-cita kami. Kami telah membuat tinjauan dari segi harga dan barangan di setiap gerai gerai yang menjual peralatan yang di perlukan. Kami bukan sahaja melihat dari segi kualiti dan harga yang mereka tawarkan sahaja, malah kami juga melihat dari sudut kesudian mereka menghantar barangan yang kami tempah itu terus ke lokasi tapak projek. Dengan faktor muka bumi dan cuaca yang tidak menentu pada ketika itu, kami mempertimbangkan segala jenis kemungkinan dan cabaran yang bakal di hadapi.

Kami juga melihat dari sudut peruntukan belanjawan yang tersedia agar kami tidak membuat keputusan yang salah dan membuat pembaziran yang berlebihan. Oleh itu, kami telah menyenaraikan beberapa kedai yang disyorkan oleh mentor dan penasihat kami. Antara kedai yang menjadi pilihan kami ialah Pantech Kuantan Sdn Bhd, Bousted Building Materials Sdn Bhd, DIY dan beberapa lagi.

Tinjauan yang memakan masa hampir satu hari ini membuah kan hasil dengan mendapat keputusan sebulat suara dari kesemua ahli pasukan dalam membuat belian. 

#SWAward  

#SWAPengakapMalaysia  

#TheWASHProject

Number of participants
1
Service hours
6
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Youth Programme
Partnerships
Youth Engagement

Share via

Share