Malaysia

[THE WASH PROJECT : UPDATE 5] Go Green Recycle

Untuk menampung kos pembinaan dan perbelanjaan projek, kami merancang untuk mengumpul bahan kitar semula untuk dijual.

Pada setiap Rabu, pada kebiasaannya hari Kokurikulum akan diadakan di sekolah kami. Kami telah bercadang untuk mengumpul barang-barang kitar semula yang terdapat di sekolah kami termasuklah di kelas-kelas, bilik guru, kantin dan sebagainya. Para ahli pengakap di sekolah kami dan guru memberi kerjasama dan sokongan yang amat menggalakkan semasa proses mengumpul barangan kitar semula. 

Kami berjaya mengumpul tin-tin, botol plastik, surat khabar dan buku-buku lama yang berada di sekitar kawasan rumah dan sekolah. Selain untuk mendapatkan dana bagi menampus kos pembinaan projek, kitar semula yang diadakan dapat memberi galakan kepada murid untuk mengamalkan kitar semula sekali gus kebersihan alam sekitar terjamin.
Melalui pengumpulan barangan kitar semula, saya dan ahli kumpulan dapat mempelajari bahawa kitar semula amat penting untuk memastikan kebersihan alam sekitar kekal terjamin.
Number of participants
21
Service hours
84
Beneficiaries
8
Location
Malaysia
Topics
Health lifestyles
Healthy Planet
Humanitarian action
Initiatives
Environment and Sustainability
Peace and Community Engagement

Share via

Share