[ THE WASH PROJECT : UPDATE 5 ] GO GREEN RECYCLE
Pada setiap Rabu, pada kebiasaannya hari Kokurikulum akan diadakan di sekolah kami. Kami telah bercadang untuk mengumpul barang-barang kitar semula yang terdapat di sekolah kami termasuklah di kelas-kelas, bilik guru, kantin dan sebagainya. Barangan kitar semula yang kami perolehi akan dijual untuk menampung kos pembinaan projek.. Para murid dan guru memberi kerjasama dan sokongan yang amat menggalakkan semasa proses mengumpul barangan kitar semula.
Kami berjaya mengumpul tin-tin minuman, botol plastik, surat khabar dan dan buku buku lama.