[THE WASH PROJECT: UPDATE 5] COLLECT A RECYCLE ITEMS
Nama kumpulan : Young Griffin's
Program : Mengumpul bahan kitar semula
Peserta : 3 ahli
Pada hari kokorikulum iaitu pada hari Rabu, SMK Paya Besar telah menjalankan Minggu Kitar Semula di sekolah. Dengan ini, kami telah mengambil kesempatan untuk mengutip dana dengan mengutip barang-barang yang boleh dikitar semula seperti kertas, buku-buku lama, botol dan juga plastik untuk dijual. Dengan kerjasama semua pihak sekolah termasuklah guru-guru dan juga rakan-rakan yang lain, kami telah dapat mengumpul dengan jumlah yang banyak. Hasil yang kami dapat daripada menjual barang-barang kitar semula akan dijadikan dana untuk membantu Pojek SWA kami iaitu The Wash Project.
.