Malaysia

[THE WASH PROJECT: UPDATE 4] Social Media Exposure

Era kini merupakan era kegemilangan media sosial. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk menggunakan platform media sosial sebagai jalan untuk berhubung dengan komuniti berkaitan projek pembinaan kami.

Satu laman sosial Facebook dan Instagram "The Wash Project" telah dicipta. Hal ini bagi mendedahkan dan meuar-uarkan projek yang akan kami jalankan. Kami sekumpulan bersama-sama telah menyebarkan dan mengviralkan akaun laman sosial yang telah dicipta kepada kenalan dan rakan-rakan. Di samping itu juga, mereka juga membantu menyebarkan dan mengviralkan akaun laman sosial tersebut.

Projek ini mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkann dari rakan-rakan dan pengikut yang lain. Kami berjaya menggunakan platform media sosial sebagai platform utama dalam perkongsian proses pembinaan tandas orang ramai di pusat Eko Rimba Air Terjun Jerangkang, Maran.

Masalah pada zaman moden ini memerlukan jalan penyelesaian moden. Oleh itu, melalui platform media sosial merupakan jalan terbaik dan mudah untuk mendedahkan kepetingan projek yang akan dijalankan kepada komuniti masyarakat.

Number of participants
2
Service hours
8
Beneficiaries
2
Location
Malaysia
Topics
Health lifestyles
Humanitarian action
Healthy Planet
Initiatives
Environment and Sustainability
Peace and Community Engagement

Share via

Share