[THE WASH PROJECT : UPDATE 3] Discuss to Success
Setiap projek yang akan dijalankan pasti mempunyai kos pembinaan. Membuat anggaran awal amat penting supaya kos perbelanjaan yang diperlukan dapat disediakan dengan cukup.
Mesyuarat ketiga telah diadakan bertujuan untuk melakukan satu pembentangan belanjawan kasar. Pembentangan tersebut bertujuan untuk membincangkan kos dan perbelanjaan sepanjang projek dijalankan. Selain itu, mesyuarat ini diadakan bagi merangka kertas kerja projek dan pemilihan pelan pembinaan. Pemilihan pelan pembinaan amat dititikberatkan bagi mendapatkan anggaran awal kos perbelanjaan untuk mengelakkan ‘over budget’.
Akhirnya, satu pelan pembinaan telah dipilih atas persetujuan semua ahli dan anggaran awal kos perbelanjaan dapat disediakan bagi melancarkan proses pembinaan projek.
Anggaran awal kos perbelanjaan untuk pembinaan projek amat penting supaya tidak berlakunya kerugian besar atau bajet yang tidak mencukupi ketika dalam proses pembinaan.