[THE WASH PROJECT : UPDATE 2] Eleven Voices to One
Semangat kumpulan yang ditonjolkan setiap ahli menaikkan semangat untuk meneruskan projek. Oleh itu, kami meneruskan idea untuk menjalankan projek ini.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk pemilihan projek berdasarkan idea-idea yang kebanyakannya bernas telah dilontarkan para ahli pada mesyuarat pertama. Perkara ini membuatkan para ahli menjalani kesukaran dala pemilihan projek. Dengan kata sepakat dan bulat suara semua ahli, satu projek telah dipilih dan dinamakan sebagai "The Wash Project". Usai pemilihan projek, sesi pembahagian tugas telah diadakan dan tugas diagihkan mengikut kebolehan dalam memberi komitmen dan kemahiran masing-masing.
11 suara telah disatukan dengan kesepakatan dan sebulat suara untuk menjalankan projek pembinaan tandas. Masing-masing mempunyai kemahiran masing-masing. Oleh itu, perbincangan berkumpulan amat penting bagi memastikan tugasan yang diagihkan bersesuaian dengan kemahiran masing-masing bagi mengelakkan permasalahan berlaku semasa proses pembinaan projek.
Dengan mengetahui potensi dan kebolehan masing-masing, masalah berkaitan menjalankan tugas tidak akan menjadi masalah remeh yang akan menganggu proses awal pembinaan projek.