[THE WASH PROJECT : UPDATE 2] Bring Out The Idea
Program: Second Meeting
Tarikh: 30/6/2018
Masa:8am - 5pm
Tempat: Ibu Pejabat Pengakap Pahang
Peserta: 11 Ahli
Setelah membentuk kumpulan dan pembentangan idea pada perjumpaan pertama, kami telah adakan perjumpaan kedua bagi membincangkan dan membentangkan serta membuat pemilihan projek yang bakal kami laksanakan. Kami telah bersepakat untuk menjalankan projek yang bertajuk The Wash Project. Kami menamakan projek kami The Wash Project kerana kami telah bersepakat dengan idea untuk membina sebuah tandas untuk kemudahan awam yang bakal dibina di sebuah air terjun . Kami juga telah membuat pembahagian tugas kepada setiap ahli bagi melancarkan projek SWA kami.