Malaysia

[THE WASH PROJECT : UPDATE 12] Gather and Meet

Setelah berjayanya menjual barangan kitar semula dan kutipan amal di sekolah, kami bercadang untuk berkumpul dan mengadakan mesyuarat bersama-sama seorang ahli kumpulan kami menerusi ‘video call’.
Mesyuarat itu diadakan bagi mengumpul dan mengira hasil jualan barangan kitar semula dan kutipan amal yang dijalankan. Di samping itu, segala masalah yang dihadapi semasa pengutipan dana dan cara untuk menggunakan dana tersebut dengan berjimat-cermat telah diusulkan dan dibincang bersama ketika mesyuarat tersebut.
Walaupun terdapat beberapa ketegangan ketika berbincang namun, perkara tersebut dapat diselesaikan dengan sikap tolak ansur dan toleransi para ahli.
Kata sepakat dapat diperoleh daripada sikap tolenrasi setiap ahli kumpulan. Oleh itu, setiap ahli kumpulan perlu mempunyai sikap tolak ansur supaya permasalahan dan pertelingkahan dapat dielakkan.
Number of participants
11
Service hours
44
Beneficiaries
5
Location
Malaysia
Topics
Health lifestyles
Healthy Planet
Humanitarian action
Initiatives
Environment and Sustainability
Peace and Community Engagement

Share via

Share