[ THE WASH PROJECT : UPDATE 12 ] Continue Build Up The Walls
Nama kumpulan : Young Griffin’s
Program : Menyambung Semula Proses Pembinaan Tandas
Tarikh : 16-19/10/2018
Masa : 8am - 5pm
Tempat : Taman Eko Rimba Air Terjun Jerangkang, Maran, Pahang
Peserta : 6
Young Griffin's menyambung semula projek tandas kami setelah pembelian bahan binaan fasa kedua selesai. Kami cuba untuk mengejar masa, dan menyiapkan projek lebih awal kerana cuaca baik pada hari ini. Panas dan terik. Setelah dinding tandas telah siap, kini ia sedia untuk diplaster. Tangki sintetik juga telah siap dibina sepenuhnya. Zink/atap juga telah dinaikkan dan diset pada tempatnya. Peratus projek semakin menghampiri 100%. Kami semakin teruja ingin melihat hasil yang sebenar.
Tekanan semakin dirasai. Segala kerja-kerja berat akan diselesaikan secepat mungkin kerana majlis penutup dan perasmian akan berlangsung dalam masa terdekat. Kami cuba mengatur semula masa dan perjalanan kerja kami. Tugas-tugas khusus individu juga diberikan dan dirombak semula agar dapat melicinkan perjalanan projek.
#SWAward #SWAPENGAKAPMALAYSIA #THEWASHPROJECT
Nantikan Update Seterusnya daripada Young Griffin's !!!